Kemenangan kedua berturut-turut sv ft, sejarah lama mungkin tidak berulang kali ini apabila tidak tewas selepas menang besar tempoh hari. Tempo perlawan agak laju apabila pasukan lawan Berjaya menekan pemain-pemain sv ft sejak dari minit pertama. Soleh diletakkan di first 5 dan tidak begitu menghampakan apabila gandingannya bersama syahid agak menjadi.
Pemain SV FT yang beraksi
1.Daus (GK)
2.Syahid
3.Danny
4.Haziq
5.Fadil
6.Didi
7.Soleh (Ketua Pasukan)
Syahid yang direhatkan pada perlawanan lepas kembali mengadu kesakitan pada bahagian usus perutnya. Pemain seperti inilah yang harus kita ada kerana semangat juang yang tinggi walaupun injurd tetap beraksi. Setelah permainan masuk minit ke 30 sv ft terus mendominasi perlawanan dengan jaringan demi jaringan Berjaya di buat. Tiada pemain terbaik dapat dilihat pada perlawanan ini kerana semua tidak beraksi dengan baik. Walaubagaimanapun pihak pengurusan terpaksa memilih seorang pemain untuk dijadikan pemain terbaik perlawanan.
MOTM : Danny